Thursday, August 15, 2013

Resepi Bakso

Sempena Hari Raya ni.. Syud ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 yang mengenali syud... maaf jika ada tersalah dari segi sedar or tak sedar....
Okey di sebabkan ramai sangat kawan2 yang mintak resepi baksoo.. depa kata terliuq eh tengok gambar bakso... Kebetulan semalam saudara dari perlis datang menziarah ... Jauh mereka datang atas jemputan kenduri sepupu di Melaka.. tahniah buat sepupu.. xdapat nk hadir disebabkan minggu ni full dengan Job wedding.... Okey kita continue dengan resepi Bakso.. Resepi ni syud ambik dari Internet dan ada tambahan yang syud buat berdasarkan pendapat dari member Indon.. dan juga dari pengalaman pernah rasa Bakso di johor.. Bihun Sup Bakso terkenal di kalangan orang johor... Syud minat bakso sejak study di POLIJB.... sekali makan mesti ulang ulang.. macam makan Laksa.. hehe... Tapi Bakso ni mudah dan simple... suka sangat masak.... okey Jom tengok resepinya...






BIHUN SUP BAKSO
Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Tulang Daging
  • Kobis dihiris halus 
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  •  2 Biji Buah Keras
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa
Cara-cara
  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali buah keras.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, Tulang Daging lembu ,serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn daun sup, bawang goreng kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.. ( CILI PADI DALAM 15 BIJI, BAWANG PUTIH 3ULAS DAN SATU LABU BAWANG  BESAR, Gula 2 Sudu dan Garan 2 sudu kecik - SYUD BLANDER)

UNTUK BEBOLA... KALO NK MUDAH BELI YANG DAH SIAP DAH.. PUN SEDAP... KALO BUAT SENDIRI PUN BOLEH. TAPI NAK CEPAT CUBA CARI BEBOLA DAGING YANG ADA JUAL DI KEDAI FROZEN.....

PENAMBAHAN HIDANGAN SYUD LETAK SOS CILI DAN JUGAK SEDIKIT LIMAU NIPIS... 



SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2...

4 comments:

  1. saya tak penah makan pon bakso ni..dah 5 tahun duk johor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yeke... kami selalu makan sbb dekat area pasir gudang tempat study dulu selalu lepak kawan2 di kedai bakso pusat bandar...

      Delete
  2. tapi soto adalah kegemaran saya..hehe ade tak resepi soto?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups ada.. nnti saya update resepi Soto.. soto memang sedap... haritu masa soto raya pertama.. InsyaAllah nnti saya update resepi soto

      Delete