Syud Jurugambar Wanita

Menjadi Jurugambar wanita bukan sesuatu yang mudah untuk di lakukan... Bidang fotografi banyak di ceburi oleh kaum Adam berbanding kaum Hawa.. Namun masa kian beralalu makin ramai jurugambar wanita berada dalam bidang foto perkahwinan, mereka bukan lagi menjadi andaman.. Malahan mereka menjadi orang kuat dalam melaksanakan tugas sebagai jurugambar wanita. 
Saya dalam bidang foto hampir 6 tahun.... Alhamdulillah semakin hari semakin di kenali berkat usaha doa dan hasil kerja yang saya lakukan. Ada ramai insan yg menghargai hasil karya saya... Tanpa saya sedari ibu saya yg dahulunya kurang senang dengan pekerjaan saya sebagai jurufoto kini memberi sokongan sepenuhnya sehinggakan saya dah tidak menang tangan untuk mengambil tempahan tiap2 minggu... Kecuali tempahan di bulan Yang Mulian Bulan Ramadhan.. Namun rezeki Allah itu Maha Luas.... Melangkah dalam bidang foto perlu bersabar dan menjadikan hasil kerja sentiasa terbaik. Tidak boleh di lakukan sambil lewa. Ia adalah amanah yang perlu di jaga.. Dalam solat saya selalu mendoakan hasil kerja saya dapat di terima oleh semua pihak...semoga dapat memenuhi kehendak mereka. Saya belajar di POLIJB Jurusan Rekabentuk Grafik selama 3 tahun dan Memiliki Diploma Grafik
Disebabkan saya dalam bindang Grafik . Saya jatuh cinta dengan fotografi dan ia membuka peluang saya untuk pergi lebih jauh serta dapat mengenali ramai orang yang hebat2... alhamdulillah di atas segalanya..





Anda Boleh layari web saya di http://www.drenjisphotography.com/
Dibawah ialah hasil2 foto saya dalam tugasan foto...