Thursday, August 15, 2013

Jurugambar Perkahwinan / Photographer Wedding

Alhamdulillah sekian lama masa berlalu dah hampir  6 tahun dalam bidang foto perkahwinan...
Okey dekat bawa ni saya ada letak gambar web saya.. so kepada yang nak melangsungkan perkahwinan dan masih mencari cari jurugambar... sudi2 lah layari web kami.. Mana tahu bekenan di hati
Website : http://drenjisphotography.com/portfolio/




Kelebihan surah Al Ikhlas


Ayat dan Terjemahannya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.
1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan
4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.



Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
  • Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda s.a.w: “Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.” Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.
  • Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”

Resepi Bakso

Sempena Hari Raya ni.. Syud ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 yang mengenali syud... maaf jika ada tersalah dari segi sedar or tak sedar....
Okey di sebabkan ramai sangat kawan2 yang mintak resepi baksoo.. depa kata terliuq eh tengok gambar bakso... Kebetulan semalam saudara dari perlis datang menziarah ... Jauh mereka datang atas jemputan kenduri sepupu di Melaka.. tahniah buat sepupu.. xdapat nk hadir disebabkan minggu ni full dengan Job wedding.... Okey kita continue dengan resepi Bakso.. Resepi ni syud ambik dari Internet dan ada tambahan yang syud buat berdasarkan pendapat dari member Indon.. dan juga dari pengalaman pernah rasa Bakso di johor.. Bihun Sup Bakso terkenal di kalangan orang johor... Syud minat bakso sejak study di POLIJB.... sekali makan mesti ulang ulang.. macam makan Laksa.. hehe... Tapi Bakso ni mudah dan simple... suka sangat masak.... okey Jom tengok resepinya...






BIHUN SUP BAKSO
Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Tulang Daging
  • Kobis dihiris halus 
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  •  2 Biji Buah Keras
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa
Cara-cara
  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali buah keras.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, Tulang Daging lembu ,serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn daun sup, bawang goreng kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.. ( CILI PADI DALAM 15 BIJI, BAWANG PUTIH 3ULAS DAN SATU LABU BAWANG  BESAR, Gula 2 Sudu dan Garan 2 sudu kecik - SYUD BLANDER)

UNTUK BEBOLA... KALO NK MUDAH BELI YANG DAH SIAP DAH.. PUN SEDAP... KALO BUAT SENDIRI PUN BOLEH. TAPI NAK CEPAT CUBA CARI BEBOLA DAGING YANG ADA JUAL DI KEDAI FROZEN.....

PENAMBAHAN HIDANGAN SYUD LETAK SOS CILI DAN JUGAK SEDIKIT LIMAU NIPIS... 



SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2...

Tuesday, August 6, 2013

Sayur Goreng Pedas Dengan Udang

Alhamdulillah... syukur di beri nikmat untuk menyambut hari raya dalam masa 2 hari lagi... Dalam sibuk tengah siapkan juadah untuk dibawa bekal bersama semasa balik kampung... Almaklumlah kampung saya jauh nun di sana.. Tinggal di Johor. Kampung asal di Perlis... Utara Selatan.. Namun dengan kemudahan yang ada Alhamdulillah dapat pulang berhariraya... tak sabar nk menantinya waktu pulang ke kampung....

Harini saya mahu berkongsi resepi masakan Sayur Gorang Pedas Dengan Udang..... Resepi ni saya dapat masa beli kicap ABC... hahaha sorylaa saya selalu masak guna kicap.. sbb ada kicap kira best jugak masak.. InsyaAllah kalo ada rezeki.. saya nk kongsi resepi Sayur Rebung Manis... haaa resepi orang utara... memang itu makanan kegemaran saya di Kampung... biasala anak kampung.... ;)

okey jom tengok bahan utk Resepi Sayur Goreng Pedas Dengan Udang

Bahan2
- 3 biji cili merah dihiris nipis nipis
- 5g ABC Terasi Udang ( Ia mcm Belacan)
- 3 ulas bawang merah dihiris
-2 ulas bawang putih, dihiris
- 1/2 cawan minyak (saya letak agak2 je)
- 70g kacang panjang, dipotong memanjang
- 30g petai, dibelah (saya xpakai sbb petai xada , tapi kalo ada boleh letak, saya ganti dgn lobak merah)
- 70g terung unggu, dipotong memanjang
- 120g udang sederhana (buang kulit dan tali perotnya)
- 3 sudu besar ABC saus manis
- Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya :
1. Tumbuk cili dan ABS Terasi Udang sama sekali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dgn api sederhana. Goreng kacang panjang selama 2-3minit dan angkat dengan sudip berlubang. Tinggalkan minyak lebihan seberapa banyak yg boleh. Kemudian , goreng terung dan angkat. Akhir sekali, goreng petai .

3. Tutup api dan sejukkan minyak sebekum ketepikannya. Hanya biarkan kira2 3 sudu besar minyak dalam kuali.

4. Panaskan semula kuali dan tumiskan pes tumbuk dengan api sederhana sehingga masak, naik bau dan minyak. Masukkan udang dan goreng selama 3-4 minit sebelum menambah sayur sayuran yg telah di goreng tadi.

5. Tambahkan ABS sause Manis dan garam secukup rasa.. Siap di hidang....



Selain itu .. saya juga masak ikan bakar dan nuget... untuk di bawa bekal berbuka.. wahh xsabar rasanya....
Nama je ikan bakar.. saya masak atas kuali je.. hehe tapi saya lapik dengan daun pisang .. sbb daun pisang mengharumkan masakkan ikan... best...


Nuget ni nak makan kalo xsempat nk berhenti di perhentian... amboi sedapnya.. bulan posa semua sedap ;)













Sunday, August 4, 2013

Resepi Kerabu Nuget Bermihun

Alhamdulillah di bulan yang mulia rezeki datang mencurah curah... harini kawan baik suami ajak berbuka di rumah mereka.. Sebagai tetamu tak sedap pulak pergi dengan tangan kosong... Oleh itu saya menyelak nyelak buku resepi ... akhirnya nampak resepi Kerabu Nuget Bermihun... wah jarang sekali kita makan kerabu nuget... jadi saya mencuba petang tadi masak kerabu nuget... okey jom saya kongsi bahan2 yang saya gunakan utk resepi tersebut

Bahan2
BAHAN A
-20 keping nuget (digoreng)
-1 1/2 Cawan mihun (dicelur)
-3 tangkai daun saderi (dihiris)
-3biji cili merah ( dibuang biji dan dihiris memanjang )
- Sedikit lobak merah ( diparut)
- Sedikit bijan (disagai)

BAHAN B (SOS)
- 1/2 Sudu makan serbuk pati ayam
- 2 ulas bawang putih , 3 biji cili api, 2 biji cili merah ( semua ini ditumbuk)
- 4 sudu makan Sos tomata 
- 4 sudu makan Sos cili ( saya saja tambah sbb suka sos cili)
- 1/2 sudu makan gula
-1/3 cawan air
- garam secukup rasa (sekiranya perlu)

Cara Membuat
1. Satukan semua bahan B dan masak sehingga mendidih.
2. Hiris nuget dan kerat mihun sedikit supaya tidak terlalu panjang.
3. Gaulkan semua bahan A dengan sos sehingga sebati.
4. Sedia dihidangkan bersama taburan bijan.....



Friday, August 2, 2013

RESEPI SOSEJ BLACK PAPER

Bila dah masak kailan ikan bilis... alamak... nk masak apa pulak sebagai juadah lauk.... Buka peti.. nampak sosej dalam peti ais... emm.... okey gak kan.... Jom kita tengok bahan2 yg perlu.....

Bahan2
1. Sosej angaran dalam 6 batang
2. 1 Labu bawang besar di hiris halus
3. 2 Ulas Bawang Putih dihiris halus
4. Sos Tiram 2 Sudu
5. Sos Black Paper 3 Sudu ( Jenama Live)
6. Sos  BBQ Jenama Nor (suka sebab Sedap)
7. Sebuk Lada Hitam 1 sudu besar
8. Kicap Cap Kipas Udang / ABC
9. Daun Bawang
10. Cili Besar sebagai hiasan

Cara Memasak
Panaskan Minyak dan Goreng Sosej hingga masak..Angkat sosesj dan ketepikan.
Kurangkan minyak dalam kuali angaran untuk menumis dalam 2 sudu minyak.
Masukkan bawang merah dan putih.. goreng hingga layu. Masukkan Sos Tiram, Sos BBQ, Sos Black Paper dan Kicap ABC, Kemudian masukkan gula dan garam sedikit secukup rasa. Masukkan Sosej tadi dan gaulkan. Masukkan sedikit air. Untuk Hiasan Cili dan Daun bawang di taburkan di dalam kuali.. gaul seketika... Kemudian Boleh di hidangkan.


RESEPI KAILAN IKAN BILIS

Kalo selalunya kita always dengan Kailan Ikan Masin... Tapi Resepi Ini saya ubah
KAILAN IKAN BILIS... resepi asal daripada kakak ipar juadah yg dihidangkan semasa bertandang kerumahnya pada bulan ramadhan... aneka jenis lauk yg beliau hidangkan... Namun akan datang saya akan updates satu resepi yg disukai anak2 buah saya.... ;) Iaitu Daging Bermadu Black Paper sedap .....


Bahan-bahan :
1.  2 ulas Bawang Putih ( Dihiris Halus )
2. 1 Ulas Bawang Besar ( Dipotong Halus)
3.  Sos Tiram 2 sudu besar
4.  Kicap ABC 2 Sudu Besar
5.  1 Biji Cili Padi *
6.  Ikan Bilis 2 Sudu*
7.  Udang Kering 1 Sudu*
8. Sayur Kailan
9. Minyak 1 sudu

1. Tumbukkan bahan bertanda * Kemudian Panaskan Minyak, masukkan bahan tumbuk tadi dan gaul hingga seketika hingga garing.   Tumis bawang putih bawang merah serta sehingga layu.
2. Potongkan Kailan Mengikut Seleras Anda. Kemudian Masukkan Sos Tiram dan Kailan kedalam Kuali, gaul seketika kemudian Masukkan kicap ABC serta gaul hingga rata..... Masukkan Garam jika perlu

Kailan Ikan Bilis siap di Hidangkan........

JAMU MANDARA (STOKIS JOHOR BAHRU)




 
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam
Pasti ramai di atara kita yang mengetahuai tentang Jamu Mandara....??

Gambar di atas adalah hasil photoshoot semasa saya ditugaskan untuk membuat iklan Jamu Mandara pada bulan Oktober 2012 .Saya masih ingat waktu itu saya dalam keadaan sangat sibuk dengan Job wedding....
Mengenali Taukey Jamu Mandara ni hampir setahun tanpa saya sedari, Bermula dengan berkenalan di muka buku... Saya sangat2 aktif dalam melakukan tugas jurugambar kahwin dan sangat aktif dalam melakukan editing kahwin. Namun hasil kerja saya di perhatikan oleh orang yang saya belum kenal lagi siapa dia... 
Disapa dan di tegur di dalam fb untuk mengunakan perkhidmatan sebagai jurugambar. Tapi dalam keadaan saya yang sangat sibuk itu, saya xsampai hati untuk menolak permintaan dari seorang custmer yg minat dengan hasil kerja saya yg xseberapa ini.. Namun Alhamdulillah kerjasama kami berpanjangan hingga sekarang. Jamu Mandara kini makin mendapat tempat di hati custmer setelah banyak iklan di keluarkan di Majalah , di radia , di FB dan media2 lain...Serta ia adalah produk yang berkualiti dan sangat di sukai oleh semua wanita yang telah berkahwin. Almaklumlah... yg makan Jamu ramai yg dah berkahwin hehehe

Khasiat Jamu Mandara tidak dapat dinafikan lagi setelah ramai yang mengamalkannya amat berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat... Taukey Jamu Mandara atau di kenali sebagai Kak Ja selalu mendoakan untuk semua custmer custmernya di beri kesihatan yang baik apabila mengamalkan Jamunya... Sudah pasti kita perlu seiring dengan doa agar di permudahkan segalanya...Produk Mandara: Jamu Mandara 1, Jamu Mandara 2, Dirumus dari herba alam semulajadi yang tiada ternilai khasiatnya. Jamu Mandara telah diasaskan sejak 35 tahun yang lalu. Khasiatnya mampu menjadikan anda wanita sempurna idaman lelaki. Cantik tentunya dalaman & luaran. Jangan tunggu lagi.. mulakan hari anda dengan Jamu Mandara. Anda pasti kagumi khasiatnya dan pasti nak lagi dan lagi!! 




 Taukey Jamu Mandara adalah seorang yang sangat ramah dan baik hati. Walaupun kami berjauhan banyak perkara saya berkongsi untuk menambah baikkan dalam bisness masing2 Apabila berbual banyak sangat idea2 bisness keluar dari minda saya tanpa saya sedar.. Secara taklangsung saya juga mendapat idea yang lebih baik dari semasa ke semasa... Terima kasih Kakja atas perkongsian bersama....
Jika anda berminat untuk menjadi agen Jamu Mandara, sila bertanya (jangan malu tau)..
Anda akan diberi 10 kotak Jamu Mandara. TIADA YURAN KEAHLIAN! Sangat berbaloi untuk menambah pendapatan. Jaminan kepuasan pelanggan apabila menggunakan produk ini.
 BOLEH HUBUNGI SAYA DI 012 5132553 kerana saya kini telah menjadi Stokis Jamu Mandara di Negeri Johor.... @ Anda juga boleh pergi kepada pages Fb saya di bawah ini



Thursday, August 1, 2013

Bulan Penuh Rahmat Ramadhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
Alhamdulillah....  pada akhir Ramadan ni... tetiba terpangil untuk menulis semula blog... Blog selalunya berkisar tentang banyak perkara dalam kehidupan... sama ada amalan , ibadah, masakkan , kehidupan rumahtangga dan lain2.... Ramadan tahun 2013 banyak membuka peluang kepada saya dalam meningkatkan kehidupan diri dan minda yang positif.. Sebagai umat Islam kejayaan kita boleh kita capai melalui apa yg kita fikir amal dan bersangka baik dengan Allah..... ;) . Disini bukan saja bersangka baik... tidak merungut dengan apa pun yang berlaku pada sekeliling kita atau diri kita, ia adalah tanda kita menjadi orang yg bersyukur.... Berkata kata memang mudah... tapi kemahuan untuk menjadi lebih baik setiap hari adalah hak kita yang perlu kita niat dalam hati dan jiwa.....



LANGKAH MAJUKAN DIRI SAHAM AKHIRAT



1.       CUKUPKAN SOLAT WAJIB 5 WAKTU , SUBUH, ZUHUR, MAGRIB, ASAR DAN ISYAK



2.       AMALAM SOLAT DHUHA



3.       AMALAM SEDEKAH SETIAP HARI



4.       SOLAT SUNAT TAHAJUD



5.       MEMBACA AL QURAN



6.       TAAT PADA SUAMI
 

Gambar ini adalah gambar yg saya shoot bersama rakan di Masjid Kuala Perlis
Terima Kasih Suzana kerana sudi bekerjasama... ;)