Wednesday, May 13, 2015

Macam mana nak tambah pendapatan???

Assalamualaikum dah lama rasanya tak menaip disini..
Alhamdulillah di beri peluang dalam kehidupan ini.. tahun 2015 banyak cabaran kita lalui sedar tak sedar kita dah masuk pertengahan tahun 2015.

Saya nak share Tips kewangan pada anda semua. Ini disebabkan kadar ekonomi begitu baik sekali.
So macam mana nk tambah pendapatan kita apabila kos hidup meningkat??? Macam mana ya?? saya dulu selalu fikir mcm mana bagai mana? ok disini ada beberapa TIPS.

Tips Pertama:
1. Jimatkan Bill Air di rumah anda. Kurangkan aktiviti menonton TV dan lebihkan aktivi membaca. Macam biasa dengar je kan. Tapi hakikatnya memang benar dapat jimat banyak daripada aktiviti tersebut.

2. Kurangkan makan di luar dan bawa bekal ke tempat kerja anda. Jimat banyak tau.. Aktiviti ni boleh di lakukan seminggu 3x.. Takkan lakan nk tahan diri lama2 daripada makan kat luar. ada waktunya tapi kita boleh selang selikan.

3. Bawa air minirel daripada rumah elakkan beli di kedai seven E atau stesion minyak. Sebab kedai tersebut caj mahal daripada kedai biasa.

4. Tambahkan pendapatan dengan membuat jualan online. Saya sendiri pun melakukan bisness online memang terbukti. walaupun keuntungan RM5-RM10 tapi sangat-sangat membantu dalam mendapatkan pendapatan tambahan. Cuba kira RM5x20 pembeli =RM100 wah banyak kan.. extra duit tu kita boleh simpan.

Saya sendiri pun melakukannya dengan Menjual ACAR REBUNG MADU LARISS.. saya jual produk maknan sebab orang kita tak berkira bab makan. Satu lagi rakyat malaysia suka maknan yang sedap.
ACAR REBUNG MADU LARISS

Jika Anda Berminat nak Jadi Agen boleh Wassap saya 012 5132553 syud



TIPS AKHIR SEKALI BOLEH AMALKAN ZIKIR INI

InsyaAllah Allah sebaik baik pemberi rezeki


Thursday, August 15, 2013

Jurugambar Perkahwinan / Photographer Wedding

Alhamdulillah sekian lama masa berlalu dah hampir  6 tahun dalam bidang foto perkahwinan...
Okey dekat bawa ni saya ada letak gambar web saya.. so kepada yang nak melangsungkan perkahwinan dan masih mencari cari jurugambar... sudi2 lah layari web kami.. Mana tahu bekenan di hati
Website : http://drenjisphotography.com/portfolio/




Kelebihan surah Al Ikhlas


Ayat dan Terjemahannya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
.
1.  Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2.  Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3.  Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan
4.  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.



Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia, nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”

Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”
  • Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda s.a.w: “Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.” Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.
  • Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”

Resepi Bakso

Sempena Hari Raya ni.. Syud ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan2 yang mengenali syud... maaf jika ada tersalah dari segi sedar or tak sedar....
Okey di sebabkan ramai sangat kawan2 yang mintak resepi baksoo.. depa kata terliuq eh tengok gambar bakso... Kebetulan semalam saudara dari perlis datang menziarah ... Jauh mereka datang atas jemputan kenduri sepupu di Melaka.. tahniah buat sepupu.. xdapat nk hadir disebabkan minggu ni full dengan Job wedding.... Okey kita continue dengan resepi Bakso.. Resepi ni syud ambik dari Internet dan ada tambahan yang syud buat berdasarkan pendapat dari member Indon.. dan juga dari pengalaman pernah rasa Bakso di johor.. Bihun Sup Bakso terkenal di kalangan orang johor... Syud minat bakso sejak study di POLIJB.... sekali makan mesti ulang ulang.. macam makan Laksa.. hehe... Tapi Bakso ni mudah dan simple... suka sangat masak.... okey Jom tengok resepinya...






BIHUN SUP BAKSO
Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Tulang Daging
  • Kobis dihiris halus 
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  •  2 Biji Buah Keras
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa
Cara-cara
  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali buah keras.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, Tulang Daging lembu ,serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn daun sup, bawang goreng kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.. ( CILI PADI DALAM 15 BIJI, BAWANG PUTIH 3ULAS DAN SATU LABU BAWANG  BESAR, Gula 2 Sudu dan Garan 2 sudu kecik - SYUD BLANDER)

UNTUK BEBOLA... KALO NK MUDAH BELI YANG DAH SIAP DAH.. PUN SEDAP... KALO BUAT SENDIRI PUN BOLEH. TAPI NAK CEPAT CUBA CARI BEBOLA DAGING YANG ADA JUAL DI KEDAI FROZEN.....

PENAMBAHAN HIDANGAN SYUD LETAK SOS CILI DAN JUGAK SEDIKIT LIMAU NIPIS... 



SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2...

Tuesday, August 6, 2013

Sayur Goreng Pedas Dengan Udang

Alhamdulillah... syukur di beri nikmat untuk menyambut hari raya dalam masa 2 hari lagi... Dalam sibuk tengah siapkan juadah untuk dibawa bekal bersama semasa balik kampung... Almaklumlah kampung saya jauh nun di sana.. Tinggal di Johor. Kampung asal di Perlis... Utara Selatan.. Namun dengan kemudahan yang ada Alhamdulillah dapat pulang berhariraya... tak sabar nk menantinya waktu pulang ke kampung....

Harini saya mahu berkongsi resepi masakan Sayur Gorang Pedas Dengan Udang..... Resepi ni saya dapat masa beli kicap ABC... hahaha sorylaa saya selalu masak guna kicap.. sbb ada kicap kira best jugak masak.. InsyaAllah kalo ada rezeki.. saya nk kongsi resepi Sayur Rebung Manis... haaa resepi orang utara... memang itu makanan kegemaran saya di Kampung... biasala anak kampung.... ;)

okey jom tengok bahan utk Resepi Sayur Goreng Pedas Dengan Udang

Bahan2
- 3 biji cili merah dihiris nipis nipis
- 5g ABC Terasi Udang ( Ia mcm Belacan)
- 3 ulas bawang merah dihiris
-2 ulas bawang putih, dihiris
- 1/2 cawan minyak (saya letak agak2 je)
- 70g kacang panjang, dipotong memanjang
- 30g petai, dibelah (saya xpakai sbb petai xada , tapi kalo ada boleh letak, saya ganti dgn lobak merah)
- 70g terung unggu, dipotong memanjang
- 120g udang sederhana (buang kulit dan tali perotnya)
- 3 sudu besar ABC saus manis
- Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya :
1. Tumbuk cili dan ABS Terasi Udang sama sekali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dgn api sederhana. Goreng kacang panjang selama 2-3minit dan angkat dengan sudip berlubang. Tinggalkan minyak lebihan seberapa banyak yg boleh. Kemudian , goreng terung dan angkat. Akhir sekali, goreng petai .

3. Tutup api dan sejukkan minyak sebekum ketepikannya. Hanya biarkan kira2 3 sudu besar minyak dalam kuali.

4. Panaskan semula kuali dan tumiskan pes tumbuk dengan api sederhana sehingga masak, naik bau dan minyak. Masukkan udang dan goreng selama 3-4 minit sebelum menambah sayur sayuran yg telah di goreng tadi.

5. Tambahkan ABS sause Manis dan garam secukup rasa.. Siap di hidang....



Selain itu .. saya juga masak ikan bakar dan nuget... untuk di bawa bekal berbuka.. wahh xsabar rasanya....
Nama je ikan bakar.. saya masak atas kuali je.. hehe tapi saya lapik dengan daun pisang .. sbb daun pisang mengharumkan masakkan ikan... best...


Nuget ni nak makan kalo xsempat nk berhenti di perhentian... amboi sedapnya.. bulan posa semua sedap ;)













Sunday, August 4, 2013

Resepi Kerabu Nuget Bermihun

Alhamdulillah di bulan yang mulia rezeki datang mencurah curah... harini kawan baik suami ajak berbuka di rumah mereka.. Sebagai tetamu tak sedap pulak pergi dengan tangan kosong... Oleh itu saya menyelak nyelak buku resepi ... akhirnya nampak resepi Kerabu Nuget Bermihun... wah jarang sekali kita makan kerabu nuget... jadi saya mencuba petang tadi masak kerabu nuget... okey jom saya kongsi bahan2 yang saya gunakan utk resepi tersebut

Bahan2
BAHAN A
-20 keping nuget (digoreng)
-1 1/2 Cawan mihun (dicelur)
-3 tangkai daun saderi (dihiris)
-3biji cili merah ( dibuang biji dan dihiris memanjang )
- Sedikit lobak merah ( diparut)
- Sedikit bijan (disagai)

BAHAN B (SOS)
- 1/2 Sudu makan serbuk pati ayam
- 2 ulas bawang putih , 3 biji cili api, 2 biji cili merah ( semua ini ditumbuk)
- 4 sudu makan Sos tomata 
- 4 sudu makan Sos cili ( saya saja tambah sbb suka sos cili)
- 1/2 sudu makan gula
-1/3 cawan air
- garam secukup rasa (sekiranya perlu)

Cara Membuat
1. Satukan semua bahan B dan masak sehingga mendidih.
2. Hiris nuget dan kerat mihun sedikit supaya tidak terlalu panjang.
3. Gaulkan semua bahan A dengan sos sehingga sebati.
4. Sedia dihidangkan bersama taburan bijan.....



Friday, August 2, 2013

RESEPI SOSEJ BLACK PAPER

Bila dah masak kailan ikan bilis... alamak... nk masak apa pulak sebagai juadah lauk.... Buka peti.. nampak sosej dalam peti ais... emm.... okey gak kan.... Jom kita tengok bahan2 yg perlu.....

Bahan2
1. Sosej angaran dalam 6 batang
2. 1 Labu bawang besar di hiris halus
3. 2 Ulas Bawang Putih dihiris halus
4. Sos Tiram 2 Sudu
5. Sos Black Paper 3 Sudu ( Jenama Live)
6. Sos  BBQ Jenama Nor (suka sebab Sedap)
7. Sebuk Lada Hitam 1 sudu besar
8. Kicap Cap Kipas Udang / ABC
9. Daun Bawang
10. Cili Besar sebagai hiasan

Cara Memasak
Panaskan Minyak dan Goreng Sosej hingga masak..Angkat sosesj dan ketepikan.
Kurangkan minyak dalam kuali angaran untuk menumis dalam 2 sudu minyak.
Masukkan bawang merah dan putih.. goreng hingga layu. Masukkan Sos Tiram, Sos BBQ, Sos Black Paper dan Kicap ABC, Kemudian masukkan gula dan garam sedikit secukup rasa. Masukkan Sosej tadi dan gaulkan. Masukkan sedikit air. Untuk Hiasan Cili dan Daun bawang di taburkan di dalam kuali.. gaul seketika... Kemudian Boleh di hidangkan.