Thursday, August 4, 2011

Ganjaran Berbakti Kepada Ibu Bapa

Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka ke baha giaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asy baha ni dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:”Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. ” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Nabi (S.A.W) telah menerangkan bahawa redha Allah adalah pada Redha ibu-bapa,dan murka Allah juga pada marah ibu bapa,sebagaimana sabda Nabi (S.A.W):

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين

Berbakti kepada kedua ibu bapa merupakan sebab dapat masuk ke syurga dan juga merupakan cara yang membawa kita ke sana bahkan ia adalah sebaik-baik cara masuk ke dalamnya.

Berbakti kepada kedua ibu bapa juga sebab kepada panjang umur serta luas dan bertambahnya rezeki.

Sebagaimana sabda Rasulullah (S.A.W) dalam satu hadith: “Barangsiapa yang suka umurnya dipanjangkan dan bertambah pada rezekinya maka berbaktilah pada kedua ibu dan bapa serta hubungkanlah silaturahim”

Membuka Pintu Rezeki

Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah baha wa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:”Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)

Doa Di Perluaskan Pintu Rezeki

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Menyempatkan diri beribadah

- Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-

Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk

menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. "

Memperbanyak istighfar

- Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa

memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim

dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Maksudnya: “ Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Dzat yang maha meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskan dan banyakkanlah rezeki ku dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau ”

Wednesday, May 11, 2011

assalamualaikum salam sejahtera....

Hantaran yang syud gubah sendiri... hantaran ini belum siap sepunuhnya.... Simple sahaja....

Dah dekat sebulan syud tak update blog... Sibuk dengan persiapan kahwin.. Banyak perkara perlu di uruskan... Hantaran, Kad kahwin, Dogive, barang-barang sampingan....

Kepada yang akan berkahwin pada buln Jun ni tentu anda juga sibuk dengan persiapan anda...
Tema memang awal2 masing2 akan memilih tema yg di minati... Namun syud memilih tema Krim, Merah, pink & gold.... hehehe sebab suka semua warna... sebenarnya tak kisah warna apa pun asalkan nampak cantik dan sesuai.....

Macam mana dengan baju perkahwinan anda... adakah anda sudah menyiapkannya... Syud menempah baju daripda tukang Jahit bukan daripada butik pengantik.. segala aksesori sampai layah semua syud beli.... hehehe seronok jugak bila semua barang adalah menjadi hak milik sendiri.. Namun terpulang pada pendapat masing2 untuk berjimat cermat....

Wednesday, March 9, 2011

Selsema






Dah lama tak mengadap blog .. Yela aku sekarang makin hari makin sibuk dgn edeting gambar2 kahwin. Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi tak pernah putus... Harini ingat semangt nak mengedit. Tapi kepala & badan pun leemah ... rasa mcm nak demam selsema pun ada.... huhu... Apa2 pun aku letak sikit editing gambar yang pernah aku edit untuk custom album...

Tuesday, February 22, 2011

Pakej Perkahwinan

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah foto perkahwinan boleh la melayari web syud www.fotodrenjis.com

Promosi April

Dah beberapa hari tak tulis dalam blog sebab bz dengan mencari barang2 perkahwinan.. Malamni syud masukkan Promosi untuk foto perkahwinan dalam blog... Kadang2 kena ada jugak promosi hehe

Friday, February 18, 2011

Bithday Gurlzz my cousin....




Hari ni birthday gurlzz syudnya sepupu... Dia dapat hadiah kek ni dari seorang kawan yang pandai membuat kek.... Cantikkan.... Happy Bithday Asfa semoga panjang umor... Dapat masuk U hehehe dan selamat hari tua hahahahaha... Dah tua kamu 18 tahun...

Thursday, February 17, 2011

Suka-suka




Suka-suka je gambar ni.. Gambar ni masa selepas makan steamboat di C-mart Arau pada minggu lepas. Selepas makan kenyang saja-saja lak duk photoshoot hehe... Tq pada abg rozi & shah sbb studio shah hehe ..

Design Kad Kahwin













Design kad kahwin di atas adalah boleh di tempah... Bermula dengan harga RM1.00 shja untuk 100 keping- 200 keping kad...... tempahlah sekarang mengikut citarasa pilihan anda...
Untuk melihat harga dan saiz sila layari web www.fotodrenjis.com

Lapar la pulak..





emm dah beberapahari aku tak update blog ni... entah apa yang aku bz sangat aku pun tak tahu hehe... biasala menyibukkan diri... Sekarang ni lapar pun ada... tapi sementara menunggu solat asar aku layan blog sebentar... hehe.... Emm bila aku mengingatkan diriku ini time berada di Secret Resepi sedap jugak layan kek time2 petang mcm ni emm sedapnya... Argg kalo teringin sangat kejap lagi aku keluar pulak ke kangar mencari apa makanan yang boleh aku belasah makan... hehe menu secret resepi semua best2... harga pun best hehe... kuat makan jugak aku ni haha....

Monday, February 14, 2011

Kawan-kawan ... rakan-rakan


Ada waktu susah dan senanag... ada waktu gembira dan sedih ada waktu yang kompleks... kadang-kadang pulak tak muncul... hehe... walaubagaimanapun kawan-kawan juga ada dikala hati sedih gembira dan susah..... Temakasih buat kawan-kawan & rakan-rakan syud ya... u all the best....

Sunday, February 13, 2011

Saturday, February 12, 2011

Assalamualaikum pada hari yg mulia.....









Harini aku bangun tido agak kelewatan disebabkan aku berFB sambil aku meletakkan rebern di kad kahwin aku... semalam semasa print aku begitu teruja melihat kad kahwin aku.... simple & warna so sweet sebab warna pink.... hehe... Rasa seronok sangat setelah melihat hasil karya sendiri... Sebelum aku hendak membuat keputusan untuk memilih kad yang sesuai ... Banyak perkara yang aku fikirkan dari segi bajek, Meterial & Kecantikkan Kad...Walaupun aku sukakan benda yang simple tapi aku juga mahu memberi kepada Kawan2 & Sanak saudara kad yang menarik... Setelah servey banyak kedai sampai ke KL last2 aku difikir aku mahu buat sendiri kad kahwin dengan kemahiran yang aku ada... kadang2 ia satu kepuasan .... barula aku faham perasaan dapat menghasilkan kad kahwin dengan hasil tangan sendiri... memang sangat menyeronokkan.... . Semalam aku hanya sempat print dalam 60keping ja.. sbb aku nak test cetak.... Takot kemungkinan tak sesuai ... Alahamdulillah setelah aku tunjjukan pada mak aku .. Mak aku setuju... rasa lega sekali.... hehehe... Anda juga boleh melakukan sendiri kad impian anda tidak perlu terlalu sarat dengan . Cukupla dengan design yang simple namun menarik... Anda pasti boleh... Namun jika anda berminat untuk membuat tempahan boleh juga... supaya memudahkan kerja anda. Syud juga menyediakan perkhidmatan membuat kad Kahwin .... dengan hrga yang berpatutan.....



Steamboat











Huwaa best tadi makan ramai2 bersama kawan2... syud makan steamboat di sebelah C-Mart arau.. fuh memang best.. Alahamdulillah rezeki yang Allah bagi dapat menikmati makanan yang istimewa dengan pelbagai pilihan makanan di Gerai Steamboat Arau....
Cubala pergi untuk merasai sendiri hidangan steamboat bersama keluarga anda... Lebih daripada 30 jenis makanan disediakan harga juga berpatutan....
Keseronokkan dapat dirasai apabila makan beramai ramai bersama rakan-rakan sambil bergelak ketawa... hehe macam2 cerita keluar... biasala gosipsss....

Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum pembuka bicara

Malam ni aku telah berjaya menyiapkan Kad Kahwin untuk diriku sendiri.. Bukan siap sepenuhnya lagi baru siap mokup je.. hehe tapi rasa seronok sangat sebab ia adalah hasil kerja & karya aku sendiri... Design mengikut bajek.. Walaupun simple tapi still masih menarik... So esok nak ge bincang pasal meterial jenis paper yang sesuai untuk my spcial kad... Berita yang mengembirakan aku, masa tunang call dia nak datang perlis.. So boleh kami binccang pasal kad yang aku design.... hehehe beberapa meterial yang sesuai aku mahu letakkan pada kad aku... Tapi aku taknak tunjuk sekarang kad kahwin aku sbb nanti tak supriseee dah hehehe... so nantikan kad Undangan Perkahwinan dari Syud... ;)

Thursday, February 10, 2011
















Hari ke 2 menggunakan blog







Harini hari kedua aku menggunakan blog... aku baru je balik dari pasar... masa tengah drive aku memikirkan seronok jugak menulis blog... walaupun blog aku ni tak ada banyak cerita yang menarik.. sekurang kurangnya ia mengajar aku dalam membuat penulisan setelah sekian lama aku meninggalkan sekolah.... Masa sekolah hari-hari mengarang karangan.. Bila dah keja sendiri dah jarang menulis....
Harini aku menyiapakan beberapan asigment foto mengenai editing gambar2 kahwin custmer... Terlalu banyak gambar2 yang perlu aku setelkan sebelum bulan 3... supaya custmer aku dapat menikmati gambar2 perkahwinan mereka dengan kadar segera... Namun begitu aku mahukan hasil yang baik... Ia mengambil sedikit masa, supaya hasil yang dikeluarkan adalah yang terbaik......
Gambar yang paparkan dalam blog ini adalah gambar custmer aku di Hulu Langat Selangor...