Tuesday, February 22, 2011
Pakej Perkahwinan
Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah foto perkahwinan boleh la melayari web syud www.fotodrenjis.com
Promosi April
Friday, February 18, 2011
Bithday Gurlzz my cousin....
Thursday, February 17, 2011
Suka-suka
Design Kad Kahwin
Lapar la pulak..
emm dah beberapahari aku tak update blog ni... entah apa yang aku bz sangat aku pun tak tahu hehe... biasala menyibukkan diri... Sekarang ni lapar pun ada... tapi sementara menunggu solat asar aku layan blog sebentar... hehe.... Emm bila aku mengingatkan diriku ini time berada di Secret Resepi sedap jugak layan kek time2 petang mcm ni emm sedapnya... Argg kalo teringin sangat kejap lagi aku keluar pulak ke kangar mencari apa makanan yang boleh aku belasah makan... hehe menu secret resepi semua best2... harga pun best hehe... kuat makan jugak aku ni haha....
Monday, February 14, 2011
Sunday, February 13, 2011
Saturday, February 12, 2011
Assalamualaikum pada hari yg mulia.....
Harini aku bangun tido agak kelewatan disebabkan aku berFB sambil aku meletakkan rebern di kad kahwin aku... semalam semasa print aku begitu teruja melihat kad kahwin aku.... simple & warna so sweet sebab warna pink.... hehe... Rasa seronok sangat setelah melihat hasil karya sendiri... Sebelum aku hendak membuat keputusan untuk memilih kad yang sesuai ... Banyak perkara yang aku fikirkan dari segi bajek, Meterial & Kecantikkan Kad...Walaupun aku sukakan benda yang simple tapi aku juga mahu memberi kepada Kawan2 & Sanak saudara kad yang menarik... Setelah servey banyak kedai sampai ke KL last2 aku difikir aku mahu buat sendiri kad kahwin dengan kemahiran yang aku ada... kadang2 ia satu kepuasan .... barula aku faham perasaan dapat menghasilkan kad kahwin dengan hasil tangan sendiri... memang sangat menyeronokkan.... . Semalam aku hanya sempat print dalam 60keping ja.. sbb aku nak test cetak.... Takot kemungkinan tak sesuai ... Alahamdulillah setelah aku tunjjukan pada mak aku .. Mak aku setuju... rasa lega sekali.... hehehe... Anda juga boleh melakukan sendiri kad impian anda tidak perlu terlalu sarat dengan . Cukupla dengan design yang simple namun menarik... Anda pasti boleh... Namun jika anda berminat untuk membuat tempahan boleh juga... supaya memudahkan kerja anda. Syud juga menyediakan perkhidmatan membuat kad Kahwin .... dengan hrga yang berpatutan.....
Steamboat
Huwaa best tadi makan ramai2 bersama kawan2... syud makan steamboat di sebelah C-Mart arau.. fuh memang best.. Alahamdulillah rezeki yang Allah bagi dapat menikmati makanan yang istimewa dengan pelbagai pilihan makanan di Gerai Steamboat Arau....
Cubala pergi untuk merasai sendiri hidangan steamboat bersama keluarga anda... Lebih daripada 30 jenis makanan disediakan harga juga berpatutan....
Keseronokkan dapat dirasai apabila makan beramai ramai bersama rakan-rakan sambil bergelak ketawa... hehe macam2 cerita keluar... biasala gosipsss....
Friday, February 11, 2011
Assalamualaikum pembuka bicara
Malam ni aku telah berjaya menyiapkan Kad Kahwin untuk diriku sendiri.. Bukan siap sepenuhnya lagi baru siap mokup je.. hehe tapi rasa seronok sangat sebab ia adalah hasil kerja & karya aku sendiri... Design mengikut bajek.. Walaupun simple tapi still masih menarik... So esok nak ge bincang pasal meterial jenis paper yang sesuai untuk my spcial kad... Berita yang mengembirakan aku, masa tunang call dia nak datang perlis.. So boleh kami binccang pasal kad yang aku design.... hehehe beberapa meterial yang sesuai aku mahu letakkan pada kad aku... Tapi aku taknak tunjuk sekarang kad kahwin aku sbb nanti tak supriseee dah hehehe... so nantikan kad Undangan Perkahwinan dari Syud... ;)
Thursday, February 10, 2011
Hari ke 2 menggunakan blog
Harini hari kedua aku menggunakan blog... aku baru je balik dari pasar... masa tengah drive aku memikirkan seronok jugak menulis blog... walaupun blog aku ni tak ada banyak cerita yang menarik.. sekurang kurangnya ia mengajar aku dalam membuat penulisan setelah sekian lama aku meninggalkan sekolah.... Masa sekolah hari-hari mengarang karangan.. Bila dah keja sendiri dah jarang menulis....
Harini aku menyiapakan beberapan asigment foto mengenai editing gambar2 kahwin custmer... Terlalu banyak gambar2 yang perlu aku setelkan sebelum bulan 3... supaya custmer aku dapat menikmati gambar2 perkahwinan mereka dengan kadar segera... Namun begitu aku mahukan hasil yang baik... Ia mengambil sedikit masa, supaya hasil yang dikeluarkan adalah yang terbaik......
Gambar yang paparkan dalam blog ini adalah gambar custmer aku di Hulu Langat Selangor...
Cendolllll
Pagi tadi aku bangun awal sbb nak kena teman kakak aku ge hospital cek anak saudara aku yg baru berusia sebulan.. emm hospital lak susah dapat parking.... Pastu balik dari hospital layan cendol di beseri.. fuh memang best.. bila2 aku teringin gak nak shoot makanan cendol ais.. cendol kedai dekat beseri memang berlemak.. bertambah pulak selera aku bila time tu tengahari, terasa kesedapan cendol yang begitu best sekali.. Nanti bila2 aku masukkan gambar cendol dalam blog ni...
Belajar Upload dalam Blogsss
emmm geram pulak aku.. nak upload gambar punya la susah... ini buat gua marah nii... Takkan nak menulis je... huwaa... ayat aku pun tak berapa nak betul lagi ni.. aku rasa ambik gambar lagi senang drpd menjadi penulis.. 'CLiks' je mcm mana yg anda nak.. hehehe mengikut citarasa anda... tapi tula.. aku nak upload tak leh lak.....
Akhirnya berjaya jugak aku upload.. okey aku nak ge makan... & keluar ge butik pengantin sbb diaorang nak gambar-gambar custmer yang aku shoot.. Baju-baju kahwin dari butik dioarang meletops... nanti aku upload... ;)
Wednesday, February 9, 2011
Titik permulaan
Aku ialah seorang yang suka mengambil gambar sejak di bangku sekolah lagi... Tidak sangka
kecendurungan aku terhadap seni adalah dalam bidang fotografi.... sungguh menyeronokkan...
Aku sendiri pun tidak tahu untuk menyatakan pekerjaan ku sendiri.. Tapi akhirnya memang sudah jelas memang aku berkerja didalam bidang fotografi.
Bidang fotografi buat aku enjoy sangat2... Selepas shoot gambar & transfer gambar kahwin..... Aku rasa satu kepuasan bila melihat gambar2 yang telah aku ambik..... Dengan kemahiran yang aku ada. Aku mengedit gambar2 tersebut mengikut citarasa dan kesesuaian gambar... setelah siap apa lagi upload dalam Fb hehehe.. best2....
Subscribe to:
Posts (Atom)